selamat tinggal




aku seronok dan gembira krn aku diterima untuk melanjutkan pelajaran ku ke politeknik... permohonan ke IPTA x berjaya (sedih)..TAPI...

sepatutnya aku masuk ke politeknik nie 6 julai nie...
tapi,disebabkan aku ditawarkan untuk masuk ke kolej kejururawatan pusrawi...
aku terpaksa melupakan politeknik ini... hehe..
aku ditawarkan dalam bidang
DIPLOMA PENGAJIAN PERNIAGAAN (E-DAGANG)..

course baru dalam politeknik(POLISAS) nie...
mula2 tu memang susah la nk buat keputusan untuk gie yg mana satu kan...
tapi ramai yg bagi dorongan untuk aku gie ke kolej tu, expecially ummi ku yg tercayang, my family & my frenz... bukan ape, kalau jdi nurse nie conform2 dpt keje... tpi kene stadi betul2 la...
pastu smbung buat ijazah plak kan...kalau bisnes nie.. susah nk dpt keje...
lgpun ekonomi negara skrng x stabil... dan banyak persaingannya..
aku harap, keputusan ku untuk ke bidang kejururawatan nie keputusan yg terbaik bagiku...
amin...


selamat tinggal
POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH

hanya tinggal 2 hari lagi...


..sekadar gambar hiasan..


assalamualaikum...
1 julai ini kehidupan baru bermula...
(dunia baru) yg penuh dgn cabaran...
aku akan mendaftarkan diriku di KOLEJ KEJURURAWATAN PUSRAWI
(kursus diploma sains kejururawatan) ..
tempoh kursus 3 tahun sepenuh masa...


VISI

Menjadi Pusat Pendidikan Kejururawatan pilihan di rantau ini yang mempromosikan pendidikan kejururawatan berlandaskan nilai-nilai Islam.


MISI

Menjalankan Program Diploma Sains Kejururawatan berlandaskan nilai-nilai Islam secara berterusan.


OBJEKTIF

Menghasilkan jururawat yang mempunyai kemahiran asas dalam perawatan am supaya dapat berfungsi sebagai anggota pasukan kesihatan bagi memulakan kareer dihospital dan komuniti.

Mengintegrasikan nilai-nilai Islam dalam dalam aspek pengajaran, pendidikan dan pembelajaran.

Membantu pelajar dalam pembangunan sahsiah diri dan kerjaya mereka supaya dapat memberi sumbangan maksima kepada masyarakat sebagai individu dan anggota masyarakat.

akhirnya.....

disebabkan tersalah klik apa bende ntah kat blog dulu abis hancussss semuanya...
akhirnya blog ku ini siap seperti dahulu kala...
maka dgn ini, aku harus berhati2...
jangan nk menggatal tangan nk klik bende2 yg merepek-repek tu...

nasihat untuk diri sendiri...

frenz forever..

Walau kita berjauhan,
walau suara kita x kedengaran,
walau senyum tawa x kelihatan,
sebuah persahabatan kita,
insyaallah kekal dalam ingatan...


..me, maizatul, hidayah dan hashikin..

suhailah dan farsha

suzliza


asma


Persahabatan ibarat satu janji yg dibuat dlm hati,
x dpt ditulis,x dpt dibaca,
namun ia x kan terpisah dek jarak,
x kan berubah dek masa,
sekali kita berkawan selamanya tetap kawan..

..Mengenali Personaliti Diri Sendiri...

..Kita sebenarnya tidak mengenali diri sendiri..kerana itu pelbagai tanggapan yang timbul..banyak yang mengaitkan personaliti kita dengan bulan dan tarikh kelahiran kita..kita didedahkan dengan bintang VIRGO,LIBRA dan sebagainya..apakata kita teliti personaliti kita dengan melihat kajian yang dilakukan oleh Dato'Dr Fazilah Kamsah..sekadar panduan dan jangan dipercayai sepenuhnya kerana kelahiran dan personaliti kita adalah bidang kuasaNYA yang mencipta kita..kita hanya sekadar insan yang melaksanakan fitrahnya aje...



RAHSIA BULAN DAN KELAHIRAN..


JANUARI

* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI

* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC

* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL

* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI

* Keras hati & tegas.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros


JUN

* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI

* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja

OGOS

* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan

SEPTEMBER

* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik

OKTOBER

* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat

NOVEMBER

* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER

* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik

ooopsss... cinta monyet......!!!

sekadar gambar hiasan


KELEBIHAN DAN KEBURUKAN
pabila cinta monyet bersemi kembali..



KELEBIHAN

Mudah menyesuaikan diri

  • Apa yg pasti, slh satu kebaikannya adalah kamu & si dia x perlu bnyk masa untuk menyesuaikan diri terhadap karakter masing2.. memandangkan kamu berdua telah saling mengenali antara satu sama lain.


Belajar drpd pengalaman lalu

  • Cuba ingat kembali ape punca yg menyebabkan hubungan kamu dan si dia putus di tgh jln..drpd itu, kamu blh pastikan kesilapan tersebut x akan diulangi supaya perhubungan kamu & si dia kali ini b'jln dgn lancar..


Banyak perkara yg blh dikongsi bersama

  • Kamu belajar dari sklh yg sama. oleh itu, tentunya bnyk kenangan masa lalu yg kamu berdua kongsi bersama. ingatan inilah secara x langsung akan membuatkan kamu berdua samakin rapat sehinggakan pabila bertemu, pasti ada saja perkara yg blh dibualkan & dikongsi bersama..



KEBURUKAN

Tidak ada keistimewaannya

  • Risikonya kamu merasakan hbgn antara kamu dgn si dia x ada sebarang keistimewaan. ini kerana, kamu begitu mengenali si dia, jdi setiap tindak tanduk si dia kamu sudah mengetahuinya dan yg pasti x akan ada sebarang kejutan untuk kamu.


Melayan kamu sama seperti teman lain

  • Ada kemungkinan, oleh krn si dia sudah mengenali kamu di zaman sekolah lg, jdi si dia akan melayan kamu spti teman2 sklh kamu yg lain dan x ada perasaan romantik langsung.. lebih menyakitkan hati lagi andai hujung minggu dia memilih untuk keluar beramai-ramai bersama teman2 yg lain dgn alasan ''kita sudah terbiasa bersama-sama''..


Mengungkit kisah lalu

  • Mungkin perpisahan yg berlaku dulu krn si dia curng dgnmu.. biarpun kini si dia hadir dgn janji yg baru, namun ada kalanya kesilapan yg lalu, begitu sukar utk dilupakan begitu saja.. akibatnya pabila ada saje peluang atau perselisihan faham, kisah2 lalu itu pasti akan diungkit kembali..

DIA bukan sahabat JIKA......


MEMBERI PANGARUH NEGATIF
  • kamu sendiri dapat melihat sikap buruknya itu sendiri seperti ponteng, menipu dan sebagainya.
  • dia mengajak kamu melakukan sesuatu perkara yang kamu sendiri pasti bahawa ia adalah SALAH...
  • dia gemar melakukan sesuatu perkara secara sesuka hati dan kamu sendiri tidak menyenanginya...!!!

MEMPERGUNAKAN KAMU
  • dia tak pernah ingin berkongsi kegembiraan dengan kamu.
  • sekiranya dia bersedih, dia harapkan kamu memberikan sepunuh perhatian kepadanya.
  • pabila kamu memerlukan pertolongan, dia tak pernah memberi apa-apa tindak balas.

TIKAM DARI BELAKANG
  • apa yang kamu miliki, akan turut dimiliknya sama.
  • dia gemar merahsiakan sesuatu perkara daripada pengetahuan kamu.
  • nasihatnya sering menimbulkan keraguan pada diri kamu.

SUKA MENIRU KAMU
  • segala-galanya sama dengan kamu.
  • setiap kali ingin membeli barang yg disukainya dia akan menanyakan mengenai cita rasa kamu terlebih dahulu.
  • apa jua yg kamu suarakan, dia turut disuarakan sama olehnya..!! kamu bagaikan pasangan kembarnya...

SUKA MENJATUHKAN KAMU DAN ORNG LAIN
  • gemar mencari kesalahan kamu dan orang lain.
  • setiap perkara dinilainya dari sudut negatif saja.
  • dia tidak miliki ramai kawan

kata-kata motivasi

Fahami dan hayatilah setiap kata-kata peransang ini semoga anda dapat menyemarakkan semangat ingin terus berusaha dalam merealisasikan impian anda.


Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat.
- Charles Cahier

Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.
- Charles Cahier

Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya
adalah kesan langsung pemikirannya.
- James Allen

Menyimpang seinci, rugi seribu batu.
- Peribahasa Cina

Rahsia kejayaan adalah ketekalan matlamat.
- Benjamin Disraeli

Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain.
- I. Salanter Lipkin

Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan
kualiti yang baik dalam perbuatannya.
- Aristotle

Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.
- Albert Camus

Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.
- Marcus Aurelius

Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.
- Jose Joaquin Olmedo

Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan
kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting
ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan
kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.
- Joseph Conrad

Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.
- William J. Siegel

Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah.
- Philip Massinger

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.
- Lao Tze

Kegagalan adalah asas kemenangan
- Lao Tze

Jika tujuan anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah.
- Lao Tze

Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding
kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.
- Flower A. Newhouse

Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.
- Samuel Johnson

Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya
dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.
- Cecil B. DeMille

Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda
tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.
- Peribahasa Arab

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
- Peribahasa Melayu

Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras
dengan tindakannya.
- Confucius

Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah
melakukan satu kesalahan lagi.