erm...

assalamualaikum....

hari nie dah 7 syawal kan...
kejap nye mase berlalu....
esok da hari ahad...dah kene g hostel...

erm, raye taun nie, cam len sikit....
maklum la da besar kan...wit raye tu leh la tahan...
hari raye pertama tu raye d petaling jaya...
pah tu dalam kul 12 tgh hari tu, kteorng g ganu plak...
dari KL ke Ganu lebih kurang 6 jam la....
jalan highway tu x jem...tpi msuk je Dungun jalan da jem....
jalan2 umah saudara mara d ganu...1 hari je kat ganu...
lepas je balik dari ganu da x g mane dah...
duk umah je la... tggu orng len dtng plak...

semalam wat biskut raye n masak nasik impit untuk esok....
esok d umah wat open house...
jemput jiran2 kat umah je... and saudara....kul 3 pagi siap semuanye...

hari nie umi n ayah blik kg teluk intan and sabak bernam....
beraya and kenduri kawin anak sedare ayah....
anis x g... duk umah je... hehe...

esok da kene g hostel.... rase x nk g je....
erm, nasib baik anis praktikal shif petang kul 2 baru msuk...
ade gak la mase tuk kemas barang... haha...
hari Jumaat nie exam paper KOMUNIKASI...
baru study sikit2....
ape2 pun GOOD LUCK LA KAT STUDENT SEM 1 KOLEJ KEJURURAWATAN PUSRAWI....
wat leklok tau...




lawak...

salam aidilfitri...


SALAM AIDILFITRI 2009
SALAM DIHULUR MAAF KU POHON BUAT SEMUA

ku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan juga ingin meminta maaf sekiranya ada:

TERkasar bahasa,

TERsilap bicara,

TERmarah yang tak kena,

TERtanya tak tentu hala,

TERsasul yang tak sengaja,

TERpukul kat mana-mana,

TERpekik di telinga,

TERhantuk di kepala,

TERpinjam harta benda,

TERmoody tak semena-semena,

TERumpat bila-bila,

TERusik yg sengaja,

dan segala macam 'TER' lagi Maaf Zahir & Batin! ^_^

WaLAu LaNgkAH TaK BeRTeMu, TaNgaN TaK BeRJaBaT,
UcaP TaK TeRDeNgaR,
MaTA TaK BeRTeNTaNG... MoHoN MaAF sEGaLa KekHiLaFaN = KeRaNA aDa TiKaNyA MaTa SiLaP MeMaNdANg,
TeLiNGa SaLaH MeNdeNgaR,
LiDaH TeRLaNjuR BeRkATa-KatA &
HaTI TeRsaLaH MeNDuGa. ..

..SALAM AIDILFITRI MINAL AIDIL WALFAIZi..

mata hati

Telah ku kata cinta ini selamanya
Telah ku janji selalu di sisi
Walau apa terjadi tak ku mungkiri

Begini dekat begitu jauhnya
Dalam jangkauan namun tak tersentuh
Ku hanya ruang kosong
Oh di matamu yang makin suram
Pudar cahaya meremuk jantung ini

Pandanglah aku dengan mata hati
Ku rayu padamu
Peganglah ku biar ku rasa bernyawa
Ku ingin rasa ku masih bermakna

Telah ku hafal tiap garis di wajahmu
Telah ku kenal bahasa tubuhmu
Bertambah sukar lagi membiarkan kau resah begini
kerana aku yang pernah kau kasihi

Pandanglah aku dengan mata hati
Ku rayu padamu peganglah ku biar ku rasa bernyawa
Ku ingin rasa ku masih bermakna

Perpisahan paling menyiksa
Ketika bahagia sedang di puncak tertinggi dalam kehidupan
Namun siapalah aku untuk merubah suratan
Bila masanya tiba

Pandanglah aku
Ku ingin rasa ku masih bermakna

Pandanglah aku dengan mata hati
Ku rayu padamu peganglah aku biar ku rasa bernyawa
Ku ingin rasa ku masih bermakna

Ku ingin rasa ku terus bernyawa
Telah ku kata cinta ini selamanya

salam

assalamualaikum....

erm.... x tau la citer ape.... hehe....
hari nie anis praktikal shof pagi.... first time shif pagi....
kul 7 pg sampai kul 2 ptng....
hari nie nasib malang anis la....
ye la, pagi tadi kelam kabut sgt... nk siap2... takut bas tinggal la katekan....
siku anis terlanggar pengadang pintu.... adoi...... sakit giler lah....
nk nangis rasenye.... hanya tuhan saje yg tahu sakit tu... rase mcm dah patah tulang....

tdi kat wad x banyak keje nk wat.... nk angkat tangan pun skit... just buat bed making, buat pertukaran posisi ngan kawan2.... pahtu hantar mknan.... sembng2 ngn senior2....

erm... da x de pe nk citer da....
hehehe... x lame lagi kte nk raye kan.... so, dinasihatkan agar anda sume x main mercun la ek....
hehe... membahayakan je... daaaaa...

malam lailatul qadar anugerah istimewa

ADA satu malam rahsia yang amat istimewa pada Ramadan tetapi waktu sebenar berlakunya malam itu dirahsiakan Allah SWT daripada pengetahuan manusia.

Pada malam itu, ribuan malaikat bersiap sedia menunggu untuk mengangkat ibadat hamba Allah yang beribadat dengan penuh keimanan dan ketakwaan, dari alam dunia ke langit.

Malaikat Jibril bersama malaikat lain turun ke bumi untuk mendoakan setiap manusia yang beribadat, berzikir dan berdoa kepada Allah SWT pada malam itu dan Allah menyatakan kepada malaikat bahawa doa yang dipohon kepada-Nya ketika itu akan dimakbulkan.

Lebih istimewa adalah ibadat seorang hamba Allah pada malam itu digandakan sehingga menyamai nilai ibadat yang dilakukan selama 1,000 bulan atau selama 83 tahun empat bulan seperti firman-Nya:

“Malam lailatul qadar lebih baik daripada seribu bulan,”
(al-Qadr, ayat ketiga).


Pada malam lailatul qadar itu juga, Allah memberikan nilai keampunan yang terlalu tinggi untuk hamba-Nya yang beribadat seperti sabda Rasulullah SAW:

“Barang siapa menunaikan ibadat pada malam al-Qadr dengan penuh keimanan dan pengharapan, Allah akan mengampunkan segala dosa yang sudah dilakukannya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Demikianlah antara gambaran betapa istimewanya malam lailatul qadar, suatu malam paling mulia dan berkat yang berlaku hanya sekali dalam 365 hari, setiap tahun.

Pensyarah Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Roslan Mohamed, berkata malam lailatul qadar adalah anugerah utama Allah SWT khusus kepada umat Nabi Muhammad SAW saja malah berlaku pula hanya pada Ramadan dan tidak pada bulan lain.

“Mengikut Imam Malik, sejarah malam lailatul qadar bermula apabila Nabi Muhammad SAW sedar yang usia umat Baginda tidak sepanjang usia umat terdahulu, hanya antara 60 tahun hingga 70 tahun, malah Rasulullah SAW sendiri wafat ketika usianya 63 tahun.

“Menyedari hakikat itu, Rasulullah berdoa kepada Allah SWT memohon supaya umatnya dapat beribadat sama dengan nilai ibadat umat terdahulu lalu disebabkan kasihnya Allah SWT terhadap baginda, Allah SWT mengurniakan malam lailatul qadar,” katanya.

Imam Qurtubi pula menjelaskan bahawa dikurniakan malam lailatul qadar itu sebagai tanda cintanya Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW dan umat baginda melebihi umat lain dan dikurniakan malam istimewa itu juga bagi menghiburkan hati Rasulullah SAW.

Bagaimanapun, suatu perkara yang sering diperdebatkan ketika membicarakan soal malam lailatul qadar adalah pada malam bilakah ia akan berlaku?

“Hakikatnya tiada siapa mengetahui bila malam lailatul qadar akan berlaku termasuk Nabi Muhammad sendiri. Dalam satu kisah yang diriwayatkan Imam Muslim, diceritakan yang Rasulullah hampir memberitahu sahabat mengenai waktu berlaku lailatul qadar tetapi akhirnya tidak kesampaian,” katanya.

Selepas kerap ditanya sahabat, Allah SWT akhirnya memberi wahyu kepada Rasulullah dengan menerangkan bilakah berlakunya malam lailatul qadar.

“Selepas menerima wahyu daripada Allah SWT, Baginda berjalan untuk menemui sahabat bagi memberitahu tanda berlakunya malam itu. Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan, Baginda menemui dua sahabat yang sedang bertengkar.

“Baginda kemudian sibuk meleraikan pertengkaran dua sahabat itu dan akhirnya Rasulullah SAW terlupa tarikh atau masa malam al-Qadr seperti diwahyukan Allah,” katanya.

Roslan berkata, kalangan ulama berpendapat bahawa antara hikmah terlupanya Rasulullah SAW akan tanda-tanda malam lailatul qadar adalah supaya manusia berusaha sendiri mencari malam berkenaan.

Ulama silam, Syeikh Ahmad Abduh yang turut berpandangan sedemikian menyebut bahawa Allah hanya memberikan hidayah kepada mereka yang berusaha mencarinya sekali gus menggambarkan yang malam lailatul qadar hanya akan diberi kepada mereka yang ikhlas beribadat pada 10 malam terakhir Ramadan.

Ulama lain pula berpendapat yang dirahsiakan malam 1,000 bulan itu kerana membabitkan persoalan ketentuan qada dan qadar Allah SWT.

“Jika Nabi Muhammad SAW sudah memberitahu waktu berlakunya malam lailatul qadar, maka tidak ramai lagi umat Islam akan berusaha sebaliknya hanya menunggu dan beribadat pada malam itu saja dan tidak pada malam lain,” katanya.

Penelitian terhadap hadis Rasulullah SAW mendapati Baginda sekadar menyatakan malam lailatul qadar itu berlaku pada 10 malam terakhir Ramadan selain malam ganjil pada 10 malam terakhir Ramadan serta terdapat hadis menyatakan pada malam 27 Ramadan.

Malam lailatul qadar penuh dengan rahmat kepada umat Islam yang patuh mengerjakan ibadat sepanjang Ramadan.

Beberapa ulama muktabar antaranya Imam Nawawi dan Ibnu Hazm berpendapat bahawa malam lailatul qadar bergilir dari setahun ke setahun, misalnya jika tahun ini berlaku pada malam 21 Ramadan, tahun hadapan akan berlaku pada malam 23 Ramadan.

Jumhur ulama menyatakan lailatul qadar berlaku pada malam 27 Ramadan berdasarkan hadis daripada Ubai ibn Kaab:

“Bahawa Rasulullah SAW memerintahkan kami menunaikan ibadat pada malam itu dan awal pagi 27 Ramadan, tandanya ialah matahari pada awal pagi dalam keadaan tenang, putih dan tidak pucat cuacanya,” (riwayat Tirmizi).

Sahabat Rasulullah SAW, Ibnu Abas pula berijtihad bahawa malam lailatul qadar adalah malam ke-27 Ramadan berdasarkan penelitiannya terhadap rahsia surah al-Qadr.

Beliau mendapati ada 30 perkataan dalam surah berkenaan dan perkataan ‘Salamun Hiya’ (Sejahteralah malam itu) terletak pada perkataan ke-27.

“Bagaimanapun, apa yang Nabi Muhammad SAW tuntut bukanlah untuk mencari bilakah malam itu akan berlaku tetapi Baginda menyuruh supaya kita beribadat sebanyak mungkin pada 10 hari terakhir Ramadan.

“Itu yang patut diperbetulkan dalam persepsi masyarakat dan diamalkan, malah sunnah Rasulullah, baginda sendiri menghidupkan 10 malam terakhir Ramadan.

“Jika kita kita beribadat terus-terusan pada 10 malam terakhir Ramadan, maka kita pasti akan beribadat pada malam lailatul qadar malah kita tidak akan rugi apa-apapun jika beribadat pada malam selain malam itu,” katanya.

Justeru, seperti juga saranan Ibnu Qayyim, umat Islam seharusnya memperbanyakkan ibadat pada malam itu dengan membaca al-Quran, berzikir, beristighfar dan bertaubat, bertahajud, memohon doa, bersedekah jariah, bermuhasabah, bertafakur dan menangisi segala dosa silam.

Amalan mulia pada 10 malam terakhir Ramadan wajar diteruskan pada bulan lain, kerana ia boleh membentuk peribadi dan akhlak Muslim sejati. Ibadat tidak sepatutnya pada Ramadan saja kerana hubungan Allah dan umat Islam perlu sentiasa diperkukuhkan.

Sikap syukur kepada rahmat Allah akan mendekatkan manusia dengan pencipta-Nya. Perbanyakkan amalan pada 10 malam terakhir Ramadan, akan membentuk peribadi Muslim yang takwa dan sujud kepada Allah.

satu suda selesai...

huhhhh....
tdi exam fundamental of nursing....(prinsip dan praktis kejururawatan)
soklan die boleh la tahan.... blh la jwb.... hehe...
tpi ade gak soklan yg confuse....
tpi kan, ape yg anis bace tu masuk la lam exam...

first time exam kat kolej nie....
erm, ketat peraturan mase nk masuk exam tu....
cam exam spm plak.... haha....
kene bwk ic, n num index....
kalau x bwak bende tu x leh masuk exam...
kene beratur ikut num index....

mse exam, 2 jam 30 minit....
50 soklan objektif....3 soklan subjektif....
bg anis soklan subjektif tu susah la sikit....
ade soklan yg menconfusekan student je....
biasa la kan.... name exam peringkat ipts kan....
bukan spm lgi kan....hehe....

harap2 dapat keputusan yg baik...
amin....
3 paper lgik....
minggu dpn exam anatomi plak....
takutnyyyyyeeeeeeeeerrrrrrrr........
k la....
ape2pun do the best to all student sem 1 yer....

selesai suda...kelmarin punya citer...

assalamualaikum.....
sekejapnye mase berlalu kan....
hari sabtu kelmarin praktikal kan hospital pusrawi....
mmg best la.... staff nurse sporting2 la....
hari isnin sampai hari rabu tu sesi orentasi....
erm, blh la tahan orentasi die....
buat lawatan kat hospital...kenal2 kat kwsn hospital tu...
kenal2 staff nurse, sister, matron...
huh, bnyk bngt lorong2.... kekadang tu confuse la jugak jln tu...
pahtu kiteorng ade sesi kuiz....mcm2 soklan ade....
ade yg senang, ade yg susah... ok la.... seronok...

anis dpt wad AS-SALAM... wad surgikal... campur2 la... mcm2 penyakit ade....
tpi bnyk orthopedik la... sepatutnya satu group tu ade 8 orng student tpi bertambah plak kepada 11 orng... 3 student dari wad al-aman masuk ke group anis...
wad tu ditutup (WAD AL-AMAN), pesakit dlm wad tu kurang, terpaksa la pindahkan pesakit tu ke wad lain2... tu yg student wad tu terpaksa dipecahkan... erm, mmg padat giler la wad tu....
ramai student daripada pesakit... hahaha... pesakit 11 orng, campur ngn staff nurse,
student senior kiteorng sem 9... seronok lah...

erm, mase praktikal tu kan, anis shif petang, kul 2 sampai kul 9 mlm....
kene tggu bas kul 1 tghari.... sampai je kat wad, sumenye mcm blur2 lake.... hahaha...
kelam-kabut je sume orng, bising2 duk tnye student yg koje shif pagi tu....mcm2 cite la ade....
aduh la, kteorng kene salin nama pesakit, penyakit pesakit, name doktor yg merawat pesakit....
pahtu staff nurse panggil kiteorng... kene amik report terbaru pesakit...
huhhhh.... mmg x phm ape la die ckp tu.... name ubat la, name penyakit la... pelik2...
mmg x sempat nk salin.... sumenye blur.... x tahu ape.... haha... kelakar rasenye....

mase dlm wad tu mcm koje kene wat....
buat bed making(pasang cadar), hantar makanan kat pesakit, tgk staff nurse buat koje la....
g farmasi amik ubat tuk pesakit kat dalam wad tu.... hantar pesakit ke fisioterapi...
amik pesakit dari bilik OT.... (baru keluar dari pembedahan)....
tgk kakak senior buat dressing... mcm2 lg lah....
waktu bukak pose tu kiteorng kuar wad kul 7.10 mlm.... sampai kul 8 mlm....
bukak pose kat blik CI ramai2.... mkn roti je.... x dok selero nk nk nasik... haha...
dah la blik tu sejuk giler.... meremang bulu roma dibuatnye...
lepas je bukak pose g turun solat....
dalam 5 minit kul 8 mlm tu naik ke wad....
x de keje nk wat, so kiteorng sembang2 la ngn staff nurse....
tanye pengalaman... tnye la ape makne penyakikt2 tu....

sambil2 tu kiteorng stadi... sbb exam kan... fundamental of nursing....
pahtu dkt kul 9 tu, x sabar2 nk blik hostel... haha....
pahtu kiteorng pon blik la.... g punch card dulu sblm blik....
sambungan seterusnya plak....

sudah tiba masanye....

assalamualaikum....

hari isnin nie praktikal kat HOSPITAL PUSRAWI....
takutnye nk berdepan ngan pesakit2... hehe...
harap2 anis blh buat yg terbaik...
ape yg anis dah belajar teori kejururawatan sblm nie....
amiiinnnn....

erm, minngu depan anis shif petang....
kul 2petang sampai kul 9 mlm....
adoila....mesti penat tuuuuu.....
erm, lecturer plak kate, staff nurse garang2.... takut den.... meremang bulu roma... haha....
cabaran di bulan pose....

pahtu next week plak exam "fundamental of nursing" and "anatomi and physiology" plak....gementar dibuatnye.... kene study betul2 nie.... kalau failed terus kene tendang ooowwwwww..... A&P dah la x abis stadi lagi nie...

kepada student2 SEM 1 kolej pusrawi
GUD LUCK
your mid-term exam and praktikal ea....


..DO THE BEST..

WASSALAM