lumrah dan perasaan manusia


Pernahkah dengar kata-kata seperti ini:

"Kalau seseorang sayangkan seseorang, maka dia akan lakukan apa jua demi mempertahankan perhubungan mereka. Dan kadang-kadang timbulnya benci. Bila sudah benci, dia akan lakukan apa jua demi untuk memperlihatkan kebencian atau menimbulkan kebencian yang mendalam."

Dalam kehidupan realiti, kita tidak terlepas dengan semua perasaan dan sikap itu.
Kasih, sayang, cinta, benci, dendam, sedih, marah, gembira, seronok, sebak, hiba, bengang, geram, kecewa, resah, gelisah, risau, harap, cemburu, bertanggungjawab, bersemangat, ego, emosi, hipokrit, berlagak, sombong, materialistik, keras hati, memaafkan, sesal, berani, rindu, jujur, ikhlas, lara, bersalah, malu, segan, pesimis dan bermaca-macam lagi ikon yang mendampingi kehidupan manusia.

Barangkali kita boleh berkata untuk mengikis perasaan dan sikap yang tidak molek seraya mendominasikan diri mengungguli mahmudah, tetapi kita perlu sedar sebenarnya kesemua perasaan itu ada dalam naluri kita sebagai seorang manusia.

Manusia yang baik juga mempunyai perasaan dan sikap yang tidak baik dalam sesuatu masa. Seorang ahli ibadat tidak mampu khusyu' di dalam solatnya kerana dunia masih berada di dalam hatinya dan mazmumah seperti riya', ta'ajub dan sum'ah masih melekat pada dirinya.

Seorang ilmuan merugikan ilmunya bila keikhlasan tidak diselitkan dalam kehidupannya. Seorang pejuang yang mati di dalam peperangan menentang kuffar belum tentu mampu syahid mencari redha Allah sekiranya tujuan dan qasod dia berjuang untuk mendapatkan nama dan diingati serta tiada keikhlasan.

Persahabatan tiada makna sekiranya hasad masih tertanam dalam diri. Saya tidak patut membohongi diri saya sendiri bahawa saya misalnya menyayangi seseorang, tetapi kadangkali timbul kebencian pada orang yang saya sayangi itu, maka perasaan itu menghalang, menyekat dan melambatkan saya menjadikan sayang itu sebagai perasaan yang tunggal.

Mungkin hanya kerana faktor yang remeh kita boleh membenci di antara satu dengan yang lain. Namun tidak boleh disangkal... Manusia perlukan manusia. Tiada teori yang kukuh, manusia boleh hidup tanpa manusia.

Kadangkala sikap ini sering berlaku termasuklah kepada seorang perempuan yang paling saya sayangi sekalipun... Kata-kata di atas boleh jadi betul dalam kehidupan manusia.

Manusia dipertemukan dan manusia juga dipisahkan.
Jarak waktu di antara pertemuan dan perpisahan mungkin hanya sepicing cuma.

Tetapi apa yang mereka dapat melalui pertemuan tersebut, dan apa yang mereka rasa akibat perpisahan tersebut. Pertemuan kadangkala menimbulkan ukhwah, menimbulkan sayang dan kadangkala juga menimblkan benci dan menampakkan dendam. Maka mereka yang menjadikan pertemuan dan perpisahan kerana Allah adalah mereka yang beruntung, kerana Rasulullah mengkhabarkan bahawa Allah menjanjikan tujuh golongan yang akan berada di bawah payungan Allah di hari yang tiada payungan kecuali payunganNya, salah satu dari tujuh golongan itu ialah dua orang lelaki (termasuk wanita) yang berkasih sayang kerana Allah, bertemu dan berpisah kerannNya. Mampukah kita menjadi golongan tersebut?

Justeru perasaan sayang adalah pengikat hubungan manusia. Melalui perasaan sayang manusia akan melakukan apa jua demi mempertahankan hubungan mereka. Manusia sanggup menghabiskan wangnya kerana sayang itu. Manusia sanggup menanggung risiko kerana sayang itu. Manusia sanggup menggadai nyawa juga kerana sayang itu. Tetapi adakah kalian pernah alami, setelah sayang... timbulnya benci, atau timbulnya keraguan. Dan keraguan itu menyeret supaya kita melakukan sesuatu supaya kita dibenci atau kita membenci.

Akhirnya sayang musnah dan benci terbina. Nah! betapa senangnya menguburkan sayang. Kalian faham ke apa yang saya ingin sampaikan? Hahaha! Baca semula! Cuba kita bayangkan... bahawa orang yang hari ini paling kita sayangi, suatu ketika dia membenci kita, atau kita terasa membencinya. Apakah yang paling wajar dilakukan pada waktu itu?

Manusia tidak akan hidup di dunia ini dengan hanya satu sikap tanpa sikap penentang. Sekiranya semua kita mahu menang, siapa yang akan mengalah? Sekiranya semua manusia pentingkan diri sendiri, hidup ini tidak lagi bermakna.

Pemandu kereta merasakan dirinya lebih penting dari pejalan kaki ketika di atas jalan raya. Pemandu kereta membayar cukai jalan, sedangkan pejalan kaki tidak. Jika diikutkan logik, wajar sahaja si pemandu melanggar pejalan kaki yang telah menggunakan hak si pemandu di jalan raya. Justeru kesabaran menghalang kebinasaan. Sekiranya si pemandu memberikan peluang kepada pejalan kaki melalui jalan raya sudah tentu si pejalan kaki juga patut memberikan ruang kepada si pemandu meneruskan laluan. Tetapi sekiranya kedua-duanya tidak mahu mengalah? Siapa yang akan untung dan siapa pula yang akan rugi?!

Kasih sayang dijadikan Allah sebagai pengikat hubungan di antara manusia. Orang yang berdendam dan membenci tidak akan mampu menjalin hubungan. Mustahil dalam kehidupan kita kita tidak boleh atau tidak pernah membenci. Mustahil dalam kehidupan kita, kita hanya menyayangi. Justeru bila orang yang pernah kita sayangi, suatu hari dia sudah membenci kita, atau kita merasa membencinya...

apa yang patut kita lakukan?

0 comments: